Social Icons

twitterfacebookemail

30 August 2012

3 Tip Rahsia Sihat, Muda & Hebat



Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tip kesihatan yang seterusnya membawa kepada hidup yang baik dan memudahkan kita beribadat pada Allah Ta'ala. Kebanyakannya saya kutip dari al-Quran, hadis, sejarah dan kajian² saintifik yang boleh membantu kita untuk kekal sihat, muda dan hebat.

1. Amalan berpuasa menyihatkan badan & menajamkan fikiran

Sepanjang pembacaan saya mengenai sejarah para tokoh Islam dan alim ulama seperti Imam Syafie ketika berusia 16 tahun sudah bertaraf ulama besar dan memberi fatwa untuk masyarakatnya ketika itu. Kecerdikan dan genius Imam Syafie ini antaranya disebabkan oleh amalan puasa dan pernah suatu hari dia menceritakan bahawa sudah 16 tahun tidak pernah merasa kenyang. Ini kerana lapar dapat menajamkan fikiran dan kenyang akan melembabkan daya fikiran.. Malah dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda: ” .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya. - Hadith Riwayat Tabrani

Di dalam sebuah kajian sains ada menyatakan mengenai "fasting therapy" terapi puasa memberi manfaat sptmana Dr Allan Colt (USA) menyimpulkan faedah puasa :
  • tekanan darah dan kadar kolesterol dapat dikawal,
  • nafsu seksual terkawal
  • Mengendurkan ketegangan
  • Menajamkan perasaan
  • Mampu menguasai diri
  • Melambatkan proses penuaan
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada kita semua agar mengamalkan puasa dengan lebih kerap atau semampunya bagi untuk kekal sihat dan muda dengan izin Allah Ta'ala.


2. Khasiat Madu Lebah Asli Meningkatkan Kesihatan Badan

Lebah adalah antara yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Madu lebah dapat merawat penyakit seperti : Asma - Haid - Resdung - Alahan - Jerawat - Rambut gugur - Barah - Letih - Sakit kepala - Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang - Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi - Batuk - Mata - Sukar tidur - Darah Tinggi - Pening - Gastrik

Secara ringkas penerangan saintifik mengenai khasiat madu :

Antimicrobial : Madu lebah berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu lebah dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu lebah ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.

Antioxidants : Madu lebah mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu lebah itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu lebah menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan). Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Enzymes : Enzim memainkan peranan penting dalam madu lebah yang menjadikannya sangat penting untuk pengubatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.

Pro-Biotic : Campuran madu lebah bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik, bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat.


3. Rahsia Bangun Malam (Qiyammuallail)

Salah seorang mentor saya mengamalkan qiyammualail ini untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Umurnya sekitar 50an dan jika dilihat sekali imbas wajahnya muda sekitar 40an.. Memang mengejutkan dan saya kembali meneliti hadis sahih Nabi berkaitan qiyammualail ini antara fadhilatnya adalah : 

Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya.. ~ HR Adam bin Abu Iyas

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni” ~ HR Bukhari


Bahawasanya Allah SWT bermegah dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam kerana beribadat. Berfirman Allah di hadapan malaikat: "Lihatlah hamba-hambaku itu, mereka telah bangun di tengah malam kerana di waktu tiada seorang pun hambaku melihat mereka kecuali aku. Wahai malaikat, saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka syurgaku tempat tinggal kehormatanku" ~ Hadith Qudsi


Nah... bagi mereka yang bijaksana.. sudah tentu memahami rahsianya.. jika mahu kaya, berjaya atau bahagia, maka berqiyamullail dan berdoalah kerana waktu mustajab ada di sepertiga malam.. Mintalah apa jua yang baik-baik dengan Allah pada waktu itu, inshaAllah dimakbulkan... Saya begitu memahami apa yang mentor nasihatkan ini. Ia adalah sama seperti nasihat ustaz saya sewaktu di sekolah agama dulu.... kini setelah dewasa begitu banyak cabaran dihadapi dan kita perlu terima kenyataan bahawa hidup ini bukan sekadar kerja mcm robot.. Tetapi tanggungjawab kita menjadi hamba Allah yang paling disukainya dgn amalan para Nabi.

Oklah, moga 3 tip penting ini akan mengingatkan diri saya yang sering lupa serta memberi manfaat kepada orang lain. Nak berjaya dunia dan akhirat (al-Falah) ini perlu pengorbanan yang tinggi harganya... Bukan sekadar nak seronok semata-mata tapi kita perlu balance life.. dan lebih bagus jika lebihkan akhirat.. kerana tidak akan rugi apa-apa malah di akhirat lah jauh lebih kekal abadi berbanding dunia yang fana.

Wassalam.

~ Fahmy , Admin Rahsiaebiz.Com : http://www.rahsiaebiz.com